​Perundangan Dan Kawalan Migrasi Di Malaysia

RM35.00
9789672388159
2 item(s)
+

Perundangan Dan Kawalan Migrasi Di Malaysia

Author: Rohani Abdul Rahim, Wan Siti Adibah Wan Dahalan, Nazura Abdul Manap & Shahrul Mizan Ismail

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789672388159

Pages: 193pp

Weight: 0.27kg

Year: 2019

Price: RM 35.00

Migrasi berlaku berdasarkan kepada beberapa faktor. Faktor tarikan termasuk faktor ekonomi dan faktor pasaran tenaga kerja bagi tujuan memperbaiki tahap

kehidupan migran. Manakala faktor tolakan pula berlaku apabila migran bermigrasi disebabkan ketakutan dan keperluan untuk melepaskan diri daripada

ancaman hidup, dengan kata lain, migran paksaan tidak mempunyai pilihan. Golongan migran terdiri daripada golongan pendatang asing yang bergerak dari

negara asal ke negara destinasi dengan melintasi sempadan negara tanpa mengira status perundangan, sama ada pergerakan itu sukarela atau tidak dan

tanpa mengira jangkamasa mereka tinggal di sesebuah negara itu. Seperti golongan yang lain, migran juga berhak mempertahankan hak asasi mereka

sebagai seorang manusia. Walau bagaimanapun, usaha itu tidak mudah kerana mereka berada di negara asing yang mempunyai pelbagai karenah birokrasi

pentadbiran dan undang-undang. Antara isu yang sering diketengahkan mengenai migrasi ini ialah kedudukan hak asasi mereka menurut perundangan

termasuk hak untuk dilayan sama rata dan adil, hak untuk tidak didiskriminasikan dalam pekerjaan serta hak untuk tidak ditahan sebagai abdi. Selain daripada

isu tersebut, isu keselamatan migran juga menjadi satu perbincangan di peringkat negara mahupun antarabangsa. Keselamatan migran tidak lagi terjamin

kerana gologan tersebut sering dieksploitasi dalam kes yang mengancam hak keselamatan mereka. Terdapat undang-undang sedia ada di Malaysia yang

mentadbir dan mengawal isu migrasi termasuk Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Imigresen 1959/63, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

1999, Akta Kerja 1955, Akta Pampasa Pekerjaan 1952, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan

Migran 2007 dan Akta Membaharui Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1976.

ROHANI ABDUL RAHIM, PhD., adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, UKM. Beliau mengkhusus dalam bidang undang-undang migrasi dan

undang-undang, gender dan undang-undang, undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan terrorisme, sekuriti dan undang-undang.

Penyelidikan beliau banyak mengfokuskan kepada gangguan seksual, migrasi dan pekerjaan, terrorisme serta eksploitasi gender dan perundangan. WAN SITI

ADIBAH WAN DAHALAN, PhD., adalah Profesor Madya di Fakulti Undang-undang, UKM. Beliau mengkhusus dalam bidang undang-undang laut dan undang

undang alam sekitar. Penyelidikan beliau banyak mengfokuskan kepada perairan selat melaka dan pencemaran marin. NAZURA ABDUL MANAP, PhD.,

adalah Profesor di Fakulti Undang-undang, UKM. Beliau mengkhusus dalam bidang undang-undang teknologi maklumat dan undang-undang harta intelek.

Penyelidikan beliau banyak mengfokuskan kepada undang-undang siber dan undang-undang hak cipta. SHAHRUL MIZAN ISMAIL, PhD., adalah Profesor

Madya di Fakulti Undang-undang, UKM. Beliau mengkhusus dalam bidang undang-undang Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.Penyelidikan

beliau banyak mengfokuskan kepada falsafah dan jurisprudens hak asasi manusia, negara dunia ketiga dan undang-undang hak asasi manusia, Islam dan

undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, sistem pemantauan dan perlaksanaan undang-undang hak asasi manusia serantau dan antarabangsa.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI