​Pesan Shaykh Al-Qushashi dalam Al-Durrah Al-Thaminah

RM30.00
9789674123420
2 item(s)
+

Pesan Shaykh Al-Qushashi dalam Al-Durrah Al-Thaminah

Author: Md Zuraini Mashrom & Mohd Syukri Yeoh Abdullah

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674123420

Weight: 0.100 kg

Pages: 178 pp

Price: RM30

Pesan Shaykh Ahmad Al-Qushashi dalam Al-Durah Al-Thaminah, Kod: II-001-2009-ATMA-UKM, Institut Alam Dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia ini memperlihatkan pesan Shaykh Ahmad al-Qushashi yang terdapat dalam karya tersebut kepada umat Islam, terutama sekali di Alam Melayu kerana beliau memiliki ramai murid yang menyambung usaha dakwah dan penyebaran Islam di sini. Teks tersebut masih berbentuk manuskrip yang berkait rapat dengan adab, kelebihan menziarah Nabi Muhammad SAW di Madinah al-Munawwarah dan kedudukan mereka di sisi Allah SWT. Dalam melakukan kajian teks manuskrip ini digunakan kaedah penyelidikan perpustakaan, iaitu dengan menelaah pelbagai manuskrip dan kitab thurath sebagai sumber rujukan utama dan terjemahan, jurnal, laporan hasil kajian dan lain-lain sebagai rujukan sekunder, iaitu sebagai sumber analisis hujah dan perbandingan sahaja. Hasil kajian manuskrip ini menemukan bahawa ia mengandungi nilai mesej dakwah yang sangat tinggi dalam memartabatkan kehormatan dan kecintaan umat Islam terhadap Nabi Muhammad SAW dan sekaligus memperbaiki (islah) maqam dan ahwal mereka di sisi Allah SWT. Mesej dakwah yang dikemukakan oleh Shaykh Ahmad al-Qushashi bersifat bersepadu dengan menggabungjalinkan aspek akidah, fikah dan tasawuf dengan bersandarkan kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang dapat memberi kesan yang mendalam kepada madcu untuk mencapai matlamat pengabdian diri yang mutlak kepada Allah SWT.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI