​Politik Dongjiaozong dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia (1960-1982)

RM65.00
10 days
9833391249
1 item(s)
+

Politik Dongjiaozong dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia (1960-1982)

Author: Tan Yao Sua

Publisher: USM Press

ISBN: 9833391249

Pages:

Year:

Weight:

Price: RM65


Buku ini meninjau pergolakan politik yang berkisar pada perjuangan kumpulan pendidik Cina, Dongjiaozong, untuk mewujudkan satu sistem pendidikan vernakular Cina yang lengkap serta berautonomi di Semenanjung Malaysia demi mengekalkan bahasa, budaya, dan identiti etnik Cina bagi tempoh 1960–1982. Mendasari perjuangan ini ialah tuntutan Dongjiaozong terhadap penggubalan dasar bahasa dan dasar pendidikan kebangsaan yang mendukung konsep kepelbagaian bahasa dan budaya. Perjuangan ini bercanggah dengan pendirian kerajaan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan seragam yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama demi memupuk integrasi nasional dalam kalangan penduduk berbilang kaum. Penekanan terhadap bahasa Melayu ini dianggap oleh pemimpin-pemimpin Dongjiaozongsebagai mencerminkan aspirasi Melayu, justeru, mereka berasa bimbang terhadap kesan asimilatif dasar ini biarpun kerajaan tidak berniat memansuhkan sistem pendidikan vernakular Cina secara menyeluruh tetapi hanya sekadar menyelaraskan peranan dan fungsinya agar lebih serasi dengan aspirasi nasional. Perbezaan dalam pendekatan ini ditinjau oleh buku ini dari perspektif hubungan etnik yang bersifat majoriti-minoriti di negara majmuk dengan berfokuskan rasional-rasional yang mendasari tuntutan golongan majoriti dan golongan minoriti untuk mengekalkan bahasa, budaya, dan identiti etnik masing-masing dalam proses pembinaan sebuah negara bangsa. Bertitik tolak dari perspektif ini, buku ini menonjolkan reaksi-reaksi yang berbeza, baik secara intraetnik mahupun interetnik, daripada golongan Melayu yang merupakan golongan majoriti dan golongan Cina yang merupakan golongan minoriti terhadap penggubalan dasar bahasa dan dasar pendidikan kebangsaan serta beberapa dasar lain. Buku ini menunjukkan bahawa dalam proses pembinaan sebuah negara bangsa, kepentingan nasional yang mencerminkan kepentingan golongan majoriti mengatasi kepentingan golongan minoriti yang bersifat parokial. Walau bagaimanapun, tuntutan golongan minoriti terhadap pengekalan bahasa, budaya, dan identiti etnik tidak seharusnya ditolak dengan sewenang-wenangnya, tetapi diakomodasikan pada takat tertentu, asalkan kepentingan nasional pada keseluruhannya tidak terjejas. Pendekatan yang bersifat akomodatif dan integratif ini merupakan cara yang wajar dalam menangani isu-isu etnik dalam sesebuah negara majmuk agar konflik etnik tidak berlaku.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI