PROGRAM DROPSHIP ILHAM BOOKS

RM150.00
Free shipping
yurandropship
55 item(s)
+


PROGRAM DROPSHIP ILHAM BOOKS

1. Diskaun 20% untuk semua buku terbitan ILHAM Books

2. Diskaun 15% untuk semua buku terbitan selain ILHAM Books


Cara & Yuran Penyertaan:


1. PERCUMA untuk semua 'registered user' di ilhambooks.com dengan jumlah pembelian terkumpul sebanyak RM3,000.00

2. YURAN PENDAFTARAN sebanyak RM150 (seumur hidup) dikenakan untuk individu atau syarikat yang berminat menjadi ejen dropship ILHAM Books


Pengaktifan Akaun Dropship:

1. Akaun dropship hanya akan diaktifkan secara manual oleh admin.

2. Sekiranya anda sudah memenuhi syarat atau sudah membayar yuran pendaftaran, mohon maklumkan kepada kami di [email protected] untuk pengaktifan akaun dropship.

3. Sebaik sahaja akaun dropship anda sudah diaktfikan, anda akan menerima email pengesahan. 'Sign in' di ilhambooks.com seperti biasa menggunakan email yang didaftarkan. Diskaun untuk dropship akan tertera secara automatik.

4. Sekiranya anda tidak 'sign in' menggunakan email yang didaftarkan, diskaun dropship tidak akan berfungsi.


Terma & Syarat:

1. Ahli dropship perlu menjadi 'registered user' di ilhambooks.com dengan jumlah pembelian terkumpul sebanyak RM2,000.000 atau membayar yuran penyertaan sebanyak RM100.00

2. Penentuan jumlah pembelian terkumpul atau yuran pendaftaran adalah hak mutlak ILHAM Books & ILHAM Books berhak memindanya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

3. Ahli dropship dibenarkan menggunakan kreativiti tersendiri untuk menggunakan apa sahaja medium pemasaran yang ada samada secara online atau offline semasa membuat promosi selagi ianya tidak melanggar hukum Islam & undang-undang Malaysia sedia ada.

4. Ahli dropship haruslah komited dengan program ini dengan melakukan aktiviti promosi secara berterusan. Ahli dropship yang gagal menunjukkan prestasi yang memuaskan (seperti tiada sebarang aktiviti promosi dan jualan dalam masa 3 bulan) akan digugurkan dari program ini.

5. ILHAM Books berhak untuk meminta bukti promosi yang dilakukan oleh ahli dropship dari semasa ke semasa mengikut keperluan/kesesuaian. Ahli yang tidak memberikan kerjasama yang memuaskan akan digugurkan dari program ini. Ahli yang digugurkan keahlian tidak akan dipulangkan yuran yang dibayar, sekiranya ada.

6. Harga produk yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran perlu samada ditanggung oleh ahli dropship atau pelanggan kepada ahli dropship kecuali jika ada promosi tertentu dari ILHAM Books. Status pesanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

7. Penghantaran pesanan hanya akan dibuat selepas ahli dropship membuat pembayaran keseluruhan untuk pesanan. ILHAM Books akan bertanggungjawab untuk memproses pesanan tersebut dalam kadar segera dan membekalkan tracking number kepada ahli dropship.

8. Ahli dropship digalakkan membuat order dengan segera sebaik sahaja menerima order dan pembayaran dari pelanggan untuk menjaga kualiti perkhidmatan dan program.

9. Bagi kes pembatalan pesanan, mohon maklumkan kepada kami dalam tempoh 24 jam untuk mana-mana pesanan yang ingin dibatalkan. Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, kami tidak akan memproses permohonan pembatalan tersebut.

10. Ketika membuat pembayaran pesanan, sila buat pembayaran tepat dengan nilai yang tertera pada invoice. Bayaran berlebihan tidak akan dipulangkan baki.

11. Ilham Books tidak akan memasukkan apa-apa flyers/invoice/bahan promosi yang berkaitan dengan ILHAM Books dalam pesanan pelanggan. Pelanggan ahli dropship adalah pelanggan ahli dropship.

12. Ahli dropship juga perlu menguruskan hal-hal berkaitan khidmat pelanggan kemudian bawakan apa-apa isu yang berkaitan kepada pihak ILHAM Books untuk diselesaikan sekiranya perlu.

13. ILHAM Books berhak untuk tidak memproses pesanan ahli dropship atas sebab-sebab seperti produk tiada stok atau produk telah OP (Out of Print).

14. Ahli dropship diberi kebebasan untuk meletakkan harga tertentu untuk produk dalam program ini asalkan tidak melebihi harga jualan yang tertera pada produk dan sesuai dengan nilai produk yang dijual.

15. ILHAM Books tidak akan menanggung apa-apa kos yang timbul sekiranya penghantaran pesanan mempunyai masalah yang berpunca dari kesilapan ahli dropship.

16. ILHAM Books hanya akan menanggung kos yang timbul sekiranya ;

- Produk yang dihantar didapati telah rosak (rosak luaran atau ketidaksempurnaan dalaman)

- Produk yang dihantar mempunyai kesilapan dari segi kuantiti, tajuk, dan seumpamanya

- Apa-apa isu yang disebabkan oleh kecuaian dari ILHAM Books

17. Ahli dropship dilarang dari melakukan sebarang aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai penipuan. ILHAM Books tidak akan bertangungjawab atau tidak boleh dipertangungjawabkan atas apa-apa isu yang boleh ditafsirkan sebagai cubaan melakukan aktiviti jenayah menggunaan program ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI