​Rosli Dhobi Dan Rukun 13

RM60.00
9789831009536
1 item(s)
+

Rosli Dhobi Dan Rukun 13

Author: Nordi Achie

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-953-6

Year: 2018

Weight: 0.200 kg

Price: RM60

Peristiwa sungkit berdarah di Sibu pada 3 Disember 1949 merupakan antara episod penting dalam sejarah Sarawak Darul Hana. Di persada bersejarah ini, tertegaknya pengorbanan empat patriot Melayu: Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli Amit dan Bujang Suntong. Selepas meradak perut Duncan Stewart dengan badik, Rosli dan Rukun 13 dibicarakan dalam mahkamah kolonial yang diterajui hakim kolonial, dibarisi juri prokolonialis, disergahi pendakwa kolonial, diburu polis kolonial sembari mendepani saksi-saksi kolonial; malah paling sadis, tanpa mendapat pembelaan sewajarnya daripada peguambela profesional. Apakah mereka dibicarakan untuk diadili, atau mahkamah kolonial diperalatkan untuk membalas dendam terhadap Rosli dan Rukun 13?

Malangnya, pada zaman kemaharajalelaan penjajah British, puterabumi antipenjajah ditohmah sebagai pemberontak, pembunuh dan penjahat. Namun, di sisi generasi anak merdeka, pejuang antikolonialis dinobatkan sebagai wira negara dan melati bangsa. Mereka sanggup berkorban nyawa demi memperjuangkan maruah bangsa dan kemerdekaan nusa daripada dirampas kolonialis Barat. Justeru, kemerdekaan bangsa dan nusa yang kita kecapi hari ini merupakan hasil daripada perjuangan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI