​​Sahih al-Bukhari: Terjemahan dan Pengajaran Hadis (jilid 1)

RM35.00
9789674124908
Out of stock

Sahih al-Bukhari: Terjemahan dan Pengajaran Hadis (jilid 1)

Translator : Jawiah Dakir, Muhammad Hilmi Jalil, Shamsul Azhar Yahya, Fariza Md. Sham, Mazlan Ibrahim, Haziyah Hussin dll.

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674124908

Pages: 304pp

Year: 2017

Weight: 0.406kg

Price: RM35

Sabadaan dan amalan Rasulullah saw telah dijaga dan diperlihara oleh para pewarisnya, bermula daripada kalangan sahabat, para tabiin dan para pengikut selepas mereka. Mereka memeliharanya menerusi pengumpulan dan periwayatan hadis atau sunnahnya. Sahih-al-Bukhari adalah antara kitab yang mengumpulkan sabdaan dan amalan baginda saw. Judul asal kitab Sahih al-Bukhari adalah al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulilah Sallallahu Alaihi wa Sallam wa Sunanih wa Ayyamih. Para ulama mengakui bahawa kitab ini merupakan kitab yang dapat dijadikan sebagai panduan pengambilan hujah daripada dalil naqli yang paling sahih selepas al-Quran. Oleh yang demikian, kitab ini sangat perlu untuk diterjemah dan diberikan pengajarannya secara ringkas ke dalam Bahasa Melayu, agar kaum Muslimin di rantau ini dapat menjadikannya sebagai panduan dan pegangan hidup berlandaskan Sunnah Rasulullah saw, di samping menghayati dan memahami hadis yang terdapat di dalamnya. Jilid pertama buku ini mengandungi kitab dan bab asas untuk diketahui oleh setiap Muslim iaitu hadis-hadis mengenai wahyu, iman, ilmu, wuduk, mandi, haid dan tayammum.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI