Sejarah Perjuangan Melayu Patani

RM30.00
10 days
967942443x
4 item(s)
+

Sejarah Perjuangan Melayu Patani

Author: Nik Anuar Nik Mahmud

Publisher: UKM Press

ISBN: 967942443x

Year: 2006

Pages: 134pp

Price: RM30

Patani yang damai dan indah memendamkan banyak sejarah perjuangan rakyatnya. Di sini telah lahir dan gugur pejuang-pejuang dari kalangan aristokrat seperti Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Tengku Abdul Jalal dan Tengku Mahmood Mahyiddeen yang kemudiannya didukung tuan-tuan guru pondok termasuk Hj. Sulung. Kesultanan Melayu Patani berakhir dengan muslihat Phy Sri Shadheb ke atas Tengku Abdul Kadir. Dasar penjajahan Siam ke atas Patani disokong pakatan jahat kuasa besar terutama British dan Perancis. Orang Melayu Patani yang berjuang mengusir Jepun berharap British dapat membantu mereka menghalau Siam dari bumi Patani kerana Siam sebelum itu memberi ruang kepada Jepun menyusup ke Tanah Melayu untuk mengusir British. Sebaliknya British bersekongkol dengan Siam menghancurkan perjuangan rakyat Patani dalam GEMPAR, Force 136 dan PULO. Pembunuhan kejam Hj. Sulung serta kematian Tengku Mahmood Mahyiddeen yang mencurigakan pada tahun yang sama, 1954, memberi pukulan ke atas gerakan kemerdekaan Patani yang kemudiannya terpaksa bergerak secara amat terbatas.

NIK ANUAR NIK MAHMUD, Ph. D., Profesor Madya di Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain banyak menyelidik dan menulis tentang perjuangan rakyat Patani, beliau juga pakar dalam sejarah konflik sempadan terutama dalam perebutan beberapa wilayah di Asia Tenggara. Sebelum menjadi pensyarah, beliau adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI