Shaykh Wahbah Al-Zuhayli: Tokoh Ensiklopedia Islam Zaman Moden

RM45.00
10 days
9789672158479​
8 item(s)
+

Shaykh Wahbah Al-Zuhayli: Tokoh Ensiklopedia Islam Zaman Moden

Author: Dr. Rumaizuddin Ghazali

Publisher: ABIM Press

ISBN: 9789672158479

Year: 2019

Weight: 0.480kg

Pages: 342pp

Price: RM45

Shaykh Dr. Wahbah al-Zuḥaylī (1932-2015M) adalah seorang ilmuwan yang tidak asing lagi dalam dunia keilmuwan Islām. Beliau merupakan pengarang karya-karya besar antaranya Fiqh al-Islāmī wa Adillatuhu dan juga Tafsīr al-Munīr. Cukuplah kedua-dua karya Fiqh dan Tafsīr yang besar ini untuk mengharumkan namanya, kerana ia menjadi rujukan kepada umat Islām seluruh pelusuk dunia dalam bidang Fiqh dan Tafsīr, selain daripada ratusan karya beliau yang lain. Lantaran itu, beliau adalah ilmuwan yang digelar sebagai al-Suyūṭī Kedua dan Ensiklopedia Ilmu Islām zaman moden.

Shaykh Dr. Wahbah al-Zuḥaylī, sebenarnya tidaklah asing di Malaysia, kerana beliau pernah dijemput ke Malaysia untuk menerima anugerah Tokoh Ma‘al Hijrah dari Kerajaan Malaysia pada tahun 2008. Beliau juga pernah melawat Malaysia beberapa kali dalam rangka menyampaikan ucap utama di seminar.

Sebagai ilmuwan kontemporari terkemuka dunia Islam, wajarlah sosoknya dikenali, dan pemikirannya digali, agar dapat dihayati dan dicontohi oleh generasi terkemudian pada hari ini. Buku yang sedang berada dalam dakapan pembaca ini adalah sebuah biografi Shaykh Dr. Wahbah al-Zuḥaylī, seorang Tokoh Ensiklopedia Islam zaman moden, yang dapat memberikan manfaat yang besar untuk para pembaca sekalian.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI