​Sihir: Suatu Amalan Kebatinan

RM60.00
9789679428865
2 item(s)
+

Sihir: Suatu Amalan Kebatinan

Author/Editor: Amran Kasimin

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789679428865

Weight: 400

Pages: 346

Year: 2009

Price: RM60


Perbincangan dalam buku ini tertumpu kepada sihir yang menjadi amalan kebatinan dalam masyarakat Melayu. Islam melarang dan menganggap sihir sebagai salah satu dosa besar yang membinasakan. Sihir boleh menghasilkan natijah luar biasa, menarik, mengelirukan dan kadangkala berupaya mengatasi masalah manusia setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, amalan ihir ini terus diamalkan secara tersembunyi atau terang-terangan seolah-olah amalan ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, apatah lagi usaha untuk menghalangnya seumpama tidak wujud dan jelas. Sihir tidak mudah dihuraikan untuk difahami dan diyakini, namun amalan ini tetap dapat dijelaskan berdasarkan kepada unsur sihir itu sendiri, iaitu sesuatu amalan yang tersembunyi, natijahnya mencari adat, tidak dapat difikiri logiknya, bukan hakikat dan yang paling utama, sihir tidak boleh berlaku tanpa penglibatan makhluk halus yang terdiri daripada jin yang dibela, dibuat sahabat atau saudara. Amalan sihir dalam masyarakat Melayu adalah adunan daripada pengaruh animisme, Hindu-Buddha dan unsur Islam. Lalu, lahirlah istilah jampi, mantera, serapah dan doa. Pengaruh animisme yang begitu mendalam dalam pemahaman masyarakat Melayu menyebabkan amalan sihir yang melibatkan jin tadi bercampur-aduk dengan amalan pengaruh Islam menyebabkan timbulnya pelbagai kecelaruan masyarakat sehingga kini. Amalan sihir dalam masyarakat Melayu terus berlaku tanpa adanya usaha untuk mengatasi atau membanterasnya secara efektif kerana kurang pemahaman mengenainya oleh mereka yang terlibat; golongan agama juga oleh mereka yang berautoriti dan akibat penafian sesetengah masyarakat tentang kewujudannya, juga amalan sihir yang tidak mudah untuk dibuktikan atau dihuraikan untuk mengatakan bahawa amalan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI