Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin

RM50.00
9789671099292​
Out of stock

Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin

Terjemahan daripada The Closing of the Muslim Mind

Penulis: Robert R. Reilly

Penterjemah: Shuhaib Ar Rumy Ismail

Penerbit: Islamic Renaissance Front

ISBN: 978-967-10992-9-2

Muka Surat: 334 pp

Tahun Terbit: September 2017

Kadangkala, manusia yang melihat satu masyarakat dari luar dapat menawarkan kritikan yang lebih baik yang mungkin sangat membantunya. Hal ini mungkin benar malah ketika kritikan itu mungkin pada masa-masa tertentu datang dengan keras, jika bukan tidak ramah. “The Closing of the Muslim Mind,” tulisan Robert R. Reilly adalah salah satu buku tersebut.

Fokus penulisnya adalah topik yang telah dibincangkan sebelum ini, tetapi masih tidak sepenuhnya disedari oleh kebanyakan umat Islam dalam dunia hari ini: Kemunduran pemikiran rasional dalam peradaban Islam, setelah abad-abad permulaan, dengan budaya taqlid yang melulu kepada kuasa autoriti. Penggantian “aql” atau nalar, dalam lain perkataan, dengan “naql” atau tradisi.

Di dalam buku ini, pengarang berhujah bahawa masalah yang sebenar dalam masyarakat Islam; yang bermula daripada kejahilan, ketidaknyataan, ekstremisme, totalitarianisme, tidak tolerer; bukannya lahir daripada kekurangan dari sudut ekonomi, politik atau kekuasaan mereka; akan tetapi oleh kerana tahap intelektual dan idea mereka. Maka untuk mengatasi masalah ini, kita harus menangani permasalahan pada punca akar-umbinya, bukan hanya sekadar permukaannya saja.

Masalah pemikiran kaum Muslimin, yang menghasilkan doktrin Islamisme dan membiakkan semacam kefanatikan agama dan terorisme; adalah pemahaman yang mendasari dalam realiti yang bermusuh terhadap falsafah dan kerasionalan, yang merupakan suatu produk hasil daripada proses yang panjang akibat daripada pembunuhan-sendiri intelek yang telah berlaku bertahun yang lampau.

Maka di sini, Reilly menyiasat sebahagian daripada isu-isu yang fundamental tentang mengapa umat Islam, terutamanya mazhab Sunni, cenderung untuk menyingkirkan rasionaliti dan tampaknya hidup dalam ketidaknyataan. Tertutupnya pemikiran kaum Muslimin, sebagaimana yang diajukan daripada tajuk buku ini, lebih banyak terkait dengan pembangunan satu mazhab kalam yang khusus yang telah membekukan hampir kesemua mazhab sebelumnya ke dalam satu mazhab yang koheren lagi dominan – mazhab kalam Asha‘irah.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI