Variasi Bahasa (cet.2)
Author: Idris Aman & Mohamed Azlan Mis
Publisher: UKM Press
ISBN : 9789674121990
Pages: 190
Weight :
Year: 2016
Price : RM 30
Buku Variasi Bahasa ini menekankan pemikiran bahawa variasi adalah ciri fundamental mana-mana bahasa manusia di dunia. Kevariasian menjadikan bahasa sentiasa dinamik, fungsional dan segar dalam penggunaannya. Bahasa bervariasi apabila digunakan oleh penutur atau penulis untuk sasaran atau pembaca yang berbeza-beza, sama ada dari segi gender, alatar sosioekonomi, etnik, dan geografi; untuk tujuan berbeza-beza; pada keadaan yang berbeza; topik yang berbeza; dan sebagainya. Atas faktor atau pemboleh ubah tersebut, maka bahasa yang terhasil akan bervariasi, mungkin dari segi aksen, sebutan, koga kata, istilah, nahu, genre, atau wacananya. Dengan demikian, penganalisisan bahasa perlulah mengambil kira soal kevariasiannya. Tanpa perkiraan tersebut, maka pemahaman akan sifat bahasa adalah kurang lengkap.