​Wacana Peradaban Menjana Modal Insan

RM25.00
9789674123581
5 item(s)
+

Wacana Peradaban Menjana Modal Insan

Editor: Jawiah Dakir & Rosilawati Mohd Hanapi

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674123581

Weight: 0.100 Kg

Pages: 142 Pp

Price: RM25

Hadhari yang berakar kata daripada perkataan hadharah dalam bahasa Arab membawa maksud peradaban. Peradaban atau hadharah ini merupakan tonggak utama dalam membangunkan masyarakat ibarat saraf tunjang yang mengawal seluruh anggota tubuh manusia. Tidak hanya pencapaian sains dan teknologi yang layak dijadikan kayu ukur dalam kemajuan masyarakat. Masyarakat akan dapat dibangunkan apabila modal insan di dalamnya dibangunkan terlebih dahulu. Sejarah kaum-kaum terdahulu dalam al-Quran menceritakan musnahnya kaum Nabi Nuh as, Nabi Luth as adalah kerana mengamalkan perbuatan keji dan dilarang oleh Allah SWT. Dalam suasana hari ini, usaha membangunkan modal insan amat diperlukan bagi menangani masalah keterlanjuran dan kebebasan dalam hubungan sosial, budaya, etika, pemikiran, kepimpinan, ekonomi, sains dan teknologi, perubatan dan alam sekitar yantg semakin meruncing. Usaha berterusan perlu digembeleng agar masyarakat dapat hidup dengan membicarakan aspek fundamental dalam agama Islam bagi melahirkan insan yang berkualiti, teguh budi pekerti, mantap ideologi, malah taat kepada Ilahi. Buku ini antara sumbangan institut yang diharapkan mampu menjadi sumber inspirasi kepada kita dalam membangunkan masyarakat yang Hadhari.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI