​Zayd Bin Thabit R.A: Ilmuan Sahabat Dalam Faraid

RM28.00
10 days
9789670393032
3 item(s)
+

Zayd Bin Thabit R.A: Ilmuan Sahabat Dalam Faraid

Author: Zahari Mahad Musa

Publisher: USIM Press

ISBN: 9789670393032

Pages:

Year: 2012

Weight:

Price: RM28

Sahabat Rasulullah SAW mempunyai peranan yang besar dalam perundangan Islam kerana, mereka adalah generasi pertama yang melihat wahyu diturunkan dan sesuatu hukum disyariatkan. Mereka merupakan generasi awal dalam mempratikkan ajaran dan hukum hakam pada zaman awal perundangan Islam. Buku ini merupakan usaha untuk menerangkan ketokohan salah seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Zayd bin Thabit r.a. Paparan utama dalam buku ini menyentuh riwayat hidup beliau, sumbangan kepada perundangan Islam dan kewibawaan pandangan beliau dalam bidang faraid. Buku ini ditulis bagi menjadi bacaan tambahan berkaitan biografi ilmuan Islam terdahulu terutama generasi awal Islam iaitu sahabat Rasulullah SAW. Kewibawaan Zayd bin Thabit r.a melayakkan beliau dinobatkan sebagai tokoh ilmuan sahabat yang menjadi rujukan kepada umat Islam selepasnya terutama dalam bidang faraid yang merupakan satu cabang ilmu yang memerlukan penelitian yang mendalam oleh setiap mujtahid.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI